FUNGSI DAN PERANAN

Koperasi KOBERKAT berperanan sebagai sebuah organisasi yang ditubuhkan berasaskan prinsip kerjasama dan tolong-menolong antara anggotanya untuk meningkatkan taraf ekonomi, sosial dan kebajikan bersama. Ia berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan komuniti melalui aktiviti perniagaan yang beretika, telus dan berlandaskan nilai-nilai murni.

1. Menjana Pendapatan Anggota

2. Menyediakan Perkhidmatan Ekonomi

3. Menggalakkan Budaya Menabung dan Berjimat Cermat

4. Memupuk Semangat Kerjasama dan Keusahawanan

5. Menyumbang kepada Pembangunan Sosial dan Komuniti

Amalan berkoperasi adalah

  1. Kaedah berstruktur organisasi berbanding kita dalam group WhatsApp.

  2. Saling bekerjasama dan ‘empower’ kepada anggota.

  3. Mempunyai sokongan pihak tertentu seperti KPDNKK, ANGKASA, KKEW.

  4. Hidupkan ukhuwah dengan lebih mantap dan bermisi.

  5. Boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti menurut Undang-Undang Kecil koperasi seperti pelancongan, hartanah dan macam-macam lagi.

  6. Sesiapa boleh dipilih menerajui koperasi.

  7. Ada “jadual” pertemuan semacam reunion tahunan.

  8. Boleh mendapat laba jika aktiviti punya keuntungan. Dividen pertama telah diberi mulai dua tahun lalu.

  9. Boleh ikuti kursus-kursus dengan kos yang rendah dan pelbagai di MKM seluruh negara.

  10. Termasuk dalam rangkaian lebih besar kerana ada 13,000 koperasi dengan anggota lebih 8 juta orang.

Scroll to Top
Skip to content