SEJARAH PENUBUHAN (KOBERKAT)

Koperasi Bersepadu Takaful Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan matlamat untuk memperkasakan ekonomi anggota melalui pelbagai perkhidmatan yang berlandaskan prinsip syariah dan muafakat. Sejak penubuhannya, koperasi ini telah berkembang secara berperingkat dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh kepada masyarakat, termasuk perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan takaful, servis kenderaan, serta platform jualan produk secara dalam talian.

Dengan pendekatan bersepadu dan strategi yang tersusun, Koperasi Bersepadu Takaful Berhad terus komited untuk menjadi sebuah koperasi yang progresif dan mampan, serta menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna dan anggota yang mengutamakan nilai integriti, kebajikan dan keberkatan.

Scroll to Top
Skip to content